BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 22, 2009

Keselamatan Dalam Rangkaian

istilah

Istilah-istilah yang berkaitan:

•Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".

•Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).

•Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.

•Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.
Perekah/Penggertak (cracker):

•Topi hitam. Sering digunakan untuk membezakan penggodam topi hitam dengan penggodam lain. Penggodam komputer yang menggunakan perekahan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkait denga istilah pemecah peti besi.

•Perekah perisian. Orang yang mengkhusus dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploit rangkaian, cuma perisian.

•Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya.

•Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.
Alat keselamatan

•Dinding api (rangkaian). Dalam pengkomputeran, dinding api merupakan sejenis perkakasan dan/atau perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi untuk menghalang komunikasi yang dilarang oleh polisi keselamatan, serupa dengan fungsi dinding api atau pengadang bahang dalam pembinaan bangunan.

•Sistem pengesanan pencerobohan (IDS) umumnya mengesan manipulasi yang tidak dikehendaki kepada sistem. Manipulasi tersebut boleh jadi serangan oleh penggodam berniat jahat yang mahir, ataupun cuma budak skrip yang menggunakan program automatik.

•Perisian antivirus merupakan program komputer yang cuba mengenal pasti, mencegah dan menghapuskan virus komputer dan perisian jahat (malware) lain.

•Penyulitan digunakan untuk melindungi mesej pengguna dari orang lain. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan seperti menukar letak aksara, menggantikan aksara, ataupun membuang aksara dari mesej. Cara-cara ini perlu digabungkan untuk menjadikan penyulitan tersebut lebih selamat, iaitu sukar untuk direkah.

•Keizinan mengehadkan capaian ke komputer kepada sekumpulan pengguna melalui penggunaan sistem pengesahan. Sistem ini boleh melindungi sama ada keseluruhan komputer – seperti melalui skrin log masuk interaktif – atau perkhidmatan individu, seperti pelayan FTP.

•Alat pengimbas kerentanan dan pengimbas port boleh digunakan dengan cepat untuk memeriksa komputer pada rangkaian terhadap kelemahan yang diketahui dan port yang boleh digunakan untuk mencapai komputer tersebut.

0 comments: